??????????????

Assalamualaikum dan salam ukhwah . 

Perah perah otak sampai guling guling kat lantai , hentok hentok kat dinding untuk nak hapdet apa hari nie . tercetus keluar satu idea nak kata bernas tak la bernas sangat . nie je la hasil nyaa . Selamat memandu ek . eehhhh , selamat membaca . hehe

best ke cerita nie ??
makcik , pakcik , pakngah , maklong , paksu , makjang , maksu , paktam , pakteh , maklang , 
nenek , tokwan , jiran , orang kampung cakap best ( over terlalu ramai ) . 
betul ka ? betul ka ? ( cara cakap excited ) .diorang tengok dah ke cerita nie ?
hemm , baru tengok iklan trailer dia kat TV dah cakap best . hahahaha
Apa apa pon kita tunggu malam esok . EXCITED NYA . 

Time : 10.30-11.00 malam (Selasa)
9.30-10.00 malam (Khamis)
di TV3
Slot Samarinda .
Bermula hari ni 23/5/2012 ( malam esok )

Orang kampung semua .mai nak cerita mai .
walaupon KA belum tengok cerita nie . baru tengok trailer je kat TV . KA taw mesti cerita nie best . KA kan ahli nujum  . hahahahahahahaha , ok dah , dah gelak sikit sikit . 
Ada nya KA dekat sini dengan kajian , tilikan , pantauan , semakkan yang dah Prof. Khairul Afandi tuan punya blog nie buat KA nak cerita sikit pasal cerita nie . CERITA APA ?? TAJUK APA ? SAPA PENGARAH DIA ? SAPA PELAKON DIA ? .suspen tak . hahaha ( suspender ada la kan ) .

Cerita nie tajuk dia 'AMEERA' diarahkan oleh murali abdullah . cerita nie akan mula ditayangkan pada 23/5/2012 yang sudah tertera diatas ( esok la ) . cerita nie yang akan menggantikan drama 'MAHABBAH' yang episod last malam nie .
barisan pelakon dia ( haa , nie yang best nie ) syamsul yusof, rita rudaini, zarina af, jasmin hamid, faizal hussein dan sabrina ali . terkezuut seketika bila KA dengar barisan pelakon dia ( dengar ka , apa jelaa ) .


Cerita nie mengisahkan sebuah perjanjian antara dua kekasih untuk mendapatkan zuriat. Rita rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita lakonan zarina af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (syamsul yusof). Lepas tu barulah wanita itu diceraikan dengan upah RM360 ribu. Drama ini disuntik dengan elemen aksi (faizal hussein bawa watak gangster dan bapak ayam) dan banyak menerapkan elemen-elemen konflik, pengorbanan, penipuan, dan sifat semula jadi manusia iaitu tamak. hemm , nak letak video dalam blog nie . nanti jem pulak . lambat loading . hilang reader KA . hehehe .  kalau nak tengok trailer dia >SINI< . 

So so so so so so , mai la ramai2 kita serbu TV3 tengok cerita nie malam esok . biaq jem . hahahaha . 
tengok taw , jangan tak tengok pulak .

Akhir kalam assalamualaikum !!
Suka like dan komen la ek !